Monday 15 February 2016

Creamy Butter Crab

Lalalala....kalau mood masak ada, macam-macam kite nak try. Last week, i trying to make this.....


Creamy Butter Crab
Okay, I nak share resepi kat Uolls, then uolls leh try keyh. Boleh lah kita shell out kat rumah pasni.

Bahan-Bahan:
  1. 2 ekor ketam atau 1/2kg udang
  2. Mentega (Buttercup) 
  3. Minyak masak
  4. Susu cair a.k.a susu sejat
  5. Cooking cream (iolls guna jenama EMBORG)
  6. 2 tangkai daun kari 
  7. Garam

 
Creamy Butter Crab

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali, tuangkan sedikit minyak masak kemudian  letakkan tiga sudu  mentega.
  2. Kacau sehingga mentega cair dan masukkan separauh tin susu sejat.
  3. Kacau sehingga campuran diatas menggelegak dan tuangkan 2 sudu besar cooking cream.
  4. Masukkan daun kari dan taburkan secubit garam.
  5. Masukkan ketam atau udang dan biarkan ianya masak dalam 8-10 minit.
  6. Tuangkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dijamu.   

Monday 30 November 2015

Hishop - Make Beauty Accesible

Haii & Assalammualaikum Guys...

Ni Bella nak share the best website untuk beli cosmetic, fragrance, skin care, make up tools, health food dan macam-macam lagi. Uolls boleh klik link ni www.hishop.my (Hishop-Make Beauty Accessible).





A lot of brands ada di website Hishop ni. For example Farmasi, Simply Siti, NYX, Veet, Nikki, Nature Republic and etc.. Tak boleh nak list semua, uolls open website Hishop and uolls boleh survey one by one keyh. Yang lagi best Hishop ada produk Korea taw.


Jangan lupa daftar sebagai ahli at SIGN UP button and u may enjoy many benefit/promotion once u registered. Oh ya, subscribe sekali keyh, just key in your email address and u akan received newsletter from Hishop. Fisrt time subsribed, u may received RM20 voucher.

I suka sgt shopping kat sini sebab boleh collect point, dapat free sample when you make an order and sometime ada sale. 

Sekarang memang tengah ada sale.. Yeeaahhhh :-)





Wednesday 4 November 2015

Petua Menghilangkan Batuk & Selsema

Selain makan ubat, kita boleh cuba cara tradisional untuk menghilangkan batuk dan selsema.

Bahan:
  1.  Teh uncang/serbuk
  2.  Air Panas
  3.  Gula
  4.  Halia Muda
  5.  Lemon

Cara Penyediaan:
  • Bancuhkan teh bersama air panas dan letakkan sedikit gula.
  • Potong 1inci halia muda, ketuk separa hancur. Kemudian letakkan ke dalam air teh tadi.
  • 2 hiris lemon dan perahkan dalam air teh.

Sebelum minum, selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan niatkan agar Allah S.W.T sembuhkan batuk dan selsema.

Selamat Mencuba.


Thursday 15 October 2015

Spoon Steakhouse Kota Kemuning

Throwback 07.10.15
Nyam nyam nyam... 2nd week of October 2015, mood makan western food. Asyik terbayang chicken chop, chicken grill, spaghetti and others. Disebabkan asyik sebut nak makan makanan ala barat kat kakak officemate, tetiba terpancul dari mulut kak officemate "Jum try Spoon Steakhouse nak?". Dah survey kat google and instagram, review pun not bad, saya pun "okay, jum kak".

Muka excited makngah dapat memikmati makanan ala barat. Decoration restoran nice, simple but look elegance. Restoran ni dimiliki oleh seorang chef Melayu. Lokasi kedai betul-betul berdekatan Hero Market Kota Kemuning.

Okay, hari itu kami order yang biasa-biasa sahaja, means yang bajet-bajet sikit dan yang paling penting ngam dengan makan tengah hari sebab kalau makan terlampau banyak nanti masuk office boleh tertidur kat meja seperti sebelum ni. Al maklumlah, melantak tanpa mengawal nafsu makan. Hahahaha

Ice Lemon Tea & Teh Ais

Kami order set lunch. Yes, lunch set ada di Spoon Steakhouse Kota Kemuning. Set lunch kami ni RM10.90. Chicken chop with salad and fries + drink, tapi kami tukar air sebab selera hari itu kami nak air seperti diatas. Memang terbaik that drinks.

Chicken Chop with salad and Fries
Chicken chop dia memang juicy and i love it. Serious best and kami memang enjoy menikmati hidangan ini. Kak officemate saya makan macam Naz kat JJCM and restoran ni dah dapat plat dari JJCM taw.

Dessert-Banana Split
Last but not least, kami order Banana Split as a dessert. Ni harganya RM 6.00 sahaja. Perghh, puas hati sebab besar sampan tu dan ice cream ada three scoops and berlainan rasa. Pisang plus chocolate & strawberry syrup  and macam-macam lagi.

Menu from insta SPOON STEAKHOUSE
Insha Allah, will be repeated with other course/meals. Mestilah nak rasa yang lain juga.

Uolls boleh tengok any updates dari semasa ke semasa and follow instagram SPOONSTEAKHOUSE dan boleh lihat at Facebook SPOON Steakhouse Kota Kemuning.

Wednesday 16 September 2015

Kek Batik @ Kek Biskut Marie

Beberapa hari yang lepas, kebetulan mempunyai masa lapang di waktu petang, tiba-tiba rasa nk wat kek batik ni hah.. Kesian kat my little brother dh berapa kali request kek ni. Al maklum lah, klu free and mood pun okay masa tu lah dalam kepala otak ni fikir macam-macam nk buat. Example: nak cooking lah, nak ber'baking'lah, nk ber'sewing' lah and macam-macam lagi lah.. Sudahnya buat benda yang simple and tak renyah. So, saya nak share resepi kek batik saya yang simple ni.. 







Bahan-Bahannya :
  • 2 paket Biskut Marie (450g)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 2 sudu camca gula
  • 125g Buttercup 
  • 2 biji telur
  • 200g Milo
  •  4 sudu camca serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu teh esen vanilla
Caranya:
  1. Patahkan biskut marie kepada 4 bahagian ke dalam bekas dan asingkan ke tepi.
  2. Panas kan buttercup di dalam kuali kemudian tuang susu pekat, masukkan telur dan esen vanilla, kacau seketika.
  3. Masukkan gula, serbuk koko dan milo. 
  4. Seterusnya tuangkan air masak sikit demi sedikit dan kacau sehingga masak (macam ada bubble2 tu)
  5. Biarkan seketika (dalam 3 minit), kemudian tuangkan biskut marie yang telah dipatahkan tadi ke dalam kuali. Gaulkan hingga rata.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan (seperti gambar di bawah)
  7. Sejukkan dulu di dalam peti ais lepas itu baru boleh potong and serve okay.




Alhamdulillah dapat juga bawa kat office bagi officemates rasa. :) Sharing is caring. Peace


Saturday 29 August 2015

Mini Square Pizza

Hi all,

This is simple way or recipe untuk buat pizza. Uoll boleh make it for breakfast or hi tea.
Check it out and selamat mencuba keyh. :)



Lets Eat-Mini Square Pizza :-)

Thursday 27 August 2015

Introduction

Hai & Assalammualaikum.

I am Nabila Shuhada Binti  Mohd Zafri.
Wanna know more about me? U may follow me at FB (Bella Zafri) or my insta (nabila_shuhada).
Yes, i'm still new in this blogging world. 
Selamat Berkenalan. :)